Sabarudin Tukang Kasut (P. Ramlee) 1

[postlink]http://filemislam.blogspot.com/2009/11/sabarudin-tukang-kasut-p-ramlee-1.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=d33VkTkuKwoendofvid
[starttext]
"Filem ini adalah hasil pemikiran yang mendalam, pengalaman yang meluas dan pengkajian yang halus, teliti dan bertanggungjawab." (P. Ramlee)

Filem ini diarahkan dan dilakonkan oleh P. Ramlee pada tahun 1966. Tontonilah filem ini yang penuh dengan mesej, nilai-nilai dan pengajaran dan iktibar semasa yang perlu kita renungi dan hayati di sebalik apa yang terjadi pada kehidupan zaman kini. Ternyata ini filem P. Ramlee yang sangat lain dari yang lain. P. Ramlee pandai dan genius dalam membawa hal-hal dan keadaan semasa masyarakat zamannya dengan mengolahnya ke dalam bentuk filem, sehingga hal-hal semasa pada masa itu masih berlaku lagi kini. Antara filem-filemnya, saya sangat minat sekali dengan filemnya ini.

Juga lagu dalam filem ini yang berjudul Sabar sangat bagus sekali liriknya untuk dihayati kerana ia suatu kenyataan yang telah banyak berlaku kini. Inilah antara salah satu filem P. Ramlee yang berjaya memasukkan elemen-elemen dakwah dan mesej yang berkesan dalam bentuk filem. Tontonilah filem ini dengan penuh penghayatan yang tidak lagi pernah ditayangkan sejak sekian lama di televisyen kini.
[endtext]

Tidak ada komentar: